Make your own free website on Tripod.com

4FAST 4FURIOUS                                                                      bengkel

Enjin tidak dapat dihidupkan

 

v     Adakah bateri terlalu lemah

 

Meter volt digunakan untuk menguji jumlah voltan yang terkandung dalam bateri tersebut. Jika bateri telah lemah, gantikan dengan bateri yang telah dicas sepenuhnya. Voltan bateri untuk menghidupkan enjin hendaklah tidak kurangdaripada 10 volt. Jika tiada bateri yang lain untuk tujuan tersebut, gunakan pengecas cepat (jumper) untuk menambah voltan bateri pada kenderaan yang hanya untuk menghidupkan enjin.

 

v     Kerosakan pada sistem pencucuhan

 

Cabut kabel voltan tinggi daripada tengah pengagih dan letakkan pada jarak kira-kira 5 mm daripada punca bumi (badan kenderaan). Cuba hidupkan enjin dan pastikan terdapat kehadiran bunga api melompat diantara elektrod tengah dengan punca bumi. Jika terdapat percikan bunga api di antara kabel dan punca bumi. Kerosakan dijangka berlaku pada gelung pencucuh. Gantikan gelung pencucuh dengan yang baru.

 

v     Titik sesentuh rosak

 

Buka tutup pengagih dan cuba hidupkan enjin. Perhatikan percikan bunga api melompat diantara titik sesentuh sejurus sahaja ia terbuka. Jika tiada percikan bunga api menyala antara titik sesentuh maka ini menunjukkan titik sesentuh telah rosak, perlu diganti dengan yang baru, kadang-kala selepas memasang titik sesentuh yang baru, tiada terhasil bunga api diantara titik sesentuh dengan punca bumi. Titik sesentuh yang didapati mengandungi endapan karbon yang berlebihan juga boleh menghalang bunga api daripada menyala, menyebabkan enjin tidak boleh dihidupkan. Servis titik sesentuh dengan menggunakan kertas pasir halus bertujuan untuk membuang endapan karbon.

 

v     Tiada atau lebih kelegaan tepet (tappet clearance)

 

            Pelarasan injap yang sempurna memberikan sedikit kelegaan di antara batang injap dan hujung aci jumpelang ‘rocker arm’. Kelegaan injap membenarkan kembangan haba bagi komponen yang bekerja. Tanpa kelegaan menyebabkan injap-injap separuh terbuka semasa bekerja menyebabkan proses pembakaran campuran bahan api tidak sempurna. Akibat ini adalah kurang kuasa yang terhasil.

 Kelegaan ini adalah kecil, berbeza antara injap masukan dan injap ekzos. Juga berbeza antara pengeluar enjin. Contohnya Enjin Honda, kelegaan bagi injap ekzos adalah 0.30 mm dan injap masukan adalah 0.25 mm. Untuk Proton pula adalah 0.25 mm pada injap ekzos dan 0.20 mm pada injap masukan. Bacaan ini pada keadaan enjin sejuk.

 

v     Tangki bahan api kosong / kerosakan pam bahan api

 

Cabut hos punca keluaran bahan api daripada pam bahan api dan cuba hidupkan enjin. Semasa keadaan ini, bahan api dijangka terpancut keluar dari hos tersebut. Jika terdapat bahan api keluar daripada hos keluaran, mungkin tiada bahan api dalam tangki. Periksa tangki bahan api dan masukkan bahan api kedalam tangki bahan api. Jika masih terdapat banyak bahan api didalam tangki dan bahan api tersebut tidak terpancut, mungkin kerosakan berlaku pada pam bahan api dan mungkin perlu diganti.

 

<Kembali Ke SISTEM ENJIN>

<<Kembali Ke BENGKEL>>

Kembali Ke HOMEPAGE