Make your own free website on Tripod.com

4FAST 4FURIOUS                                                                      bengkel

 

 

KARBURATOR (CARBURATOR)

 

 

Karburator adalah komponen yang dapat mencampurkan bahan api dan udara ke dalam kebuk pembakaran. Bahan api yang dipam akan terus masuk ke karburator dan ditakung di dalam kebuk apung. Di dalam kebuk apung terdapat beberapa komponen lain seperti injap yang mengawal kemasukan bahan api ke karburator, pencekik, injap pendikit, jet utama, jet pemelahuan dan penapis bahan api.

 

Di bahagian luar karburator terdapat komponen pelaras karburator, iaitu skru pelaras angin dan skru pelaras bahanapi. Skru pelaras bahan api digunakan untuk melaras kuantiti bahan api. Manakala skru pelaras angin digunakan untuk melaras jumlah kemasukan angin yang akan dicampurkan dengan bahan api pada nisbah yang diperlukan mengikut kehendak dan keadaan enjin. Jika kenderaan bergerak laju, nisbah campuran bahan api akan sampai ke tahap 13-14.7 : 1(13-14.7 bahagian angin dan satu bahagian bahan api) iaitu nisbah yang ideal untuk enjin kereta.

 

Bil

Jenis litar

Nisbah campuran bahan api

1

Litar cekik

10 : 1

2

Litar kelajuan pepura

12 : 1

3

Litar kelajuan rendah

13 : 1

4

Litar kelajuan sederhana

15 : 1

5

Litar kelajuan tinggi (kuasa penuh)

13 : 1

6

Litar oam pencepat

10 : 1

 

            Jadual 8 (a)     : Menunjukkan jenis litar dan nisbah campuran bahan api.

 

v     Antara masaalah yang mungkin timbul berkaitan dengan karburator adalah seperti berikut :-

 

8.1 Enjin tidak dapat melahu dengan sempurna.

8.2 Enjin kurang kuasa.

8.3 Enjin mati secara tiba-tiba.

8.4 Enjin mudah dihidupkan tetapi bergegar dan kemudiannya terhenti.

8.5 Karburator dibasahi dengan bahan api setelah memandu.

 

 

 8.1 Enjin tidak dapat melahu dengan sempurna.

 

Masaalah seperti ini berlaku selalunya disebabkan oleh jet melahu separuh tersumbat. Walaupun enjin beroperasi tetapi kelajuan (ppm) melahu tidak dapat dicapai lalu menyebabkan enjin tiba-tiba saja mati atau bergegar.

 

Jika ini berlaku, keluarkan karburator daripada enjin dan lakukan kerja baik pulih dengan peralatan yang sesuai. Masukkan komponen-komponen karburator ke dalam dulang dan basuh dengan petrol. Kemudian semburkan semua lubang talian bahan api dengan angin mampatan tinggi untuk menjauhkan kotoran. Cucuk semua lubang talian bahan api dengan dawai untuk membuang kotoran yang melekat. Pasangkan semula karburator pada enjin dan laraskan kelajuan melahu dengan kadar bunyi yang halus dan sempurna jika tidak terdapat alatan khas untuk pelarasan, ‘tuning’.

 

 

 8.2 Enjin kurang berkuasa.

 

Pada ammnya enjin kurang berkuasa disebabkan oleh beberapa perkara kecil seperti kerosakan mekanikal ataupun elektrikal. Ini disebabkan oleh larasan bahan api petrol yang terlalu rendah daripada sepatutnya dan seterusnya ini mengakibatkan enjin berkurangan kuasa.

 

 

Untuk mengatasi masaalah ini, pusingkan skru melahu bahan api melawan pusingan jam. Hidupkan enjin dan laraskan kelajuan melahu, kemudian naikkan kelajuan pusingan enjin hingga 2500-3000 ppm. Jika tidak kedengaran letupan daripada ekzos, maknanya enjin dalam keadaan yang baik. Uji pandu kenderaan tersebut untuk menguji kelajuan dan pecutan.

 

 

8.3   Enjin mati secara tiba-tiba.

 

Kejadian seperti ini selalu berlaku apabila kenderaan berhenti semasa lampu isyarat berwarna merah (nyahpecutan mendadak) semasa kesesakan lalu lintas atau setelah memandu dengan kelajuan yang tinggi. Ini disebabkan oleh pelaras melahu tidak dipusing dengan betul, dan campuran antara bahan api dengan angin terlalu kurang. Pendikit perlu dibuka dengan lebih luas supaya kelajuan enjin stabil dan jika injak dilepaskan enjin akan mati.

 

Jika ini berlaku, pusing  skru melahu bahan api melawan pusingan jam sedikit demi sedikit sambil mendengar bunyi enjin sehingga kelajuannya bertambah laju, antara 700-750 ppm tercatat pada papan pemuka.

 

 

 8.4  Enjin mudah dihidupkan tetapi bergegar dan kemudiannya terhenti.

 

v     Penapis udara tersumbat

 

Penapis udara tersumbat atau terdapat banyak habuk pada penapis juga boleh mengakibatkan kemasukan udara ke pancarongga pengambilan tersekat dan seterusnya nisbah bahan api yang ideal tidak dapat dicapai khususnya semasa enjin melahu.

 

Jika ini berlaku keluarkan penapis udara daripada enjin dan periksa keadaan penapis tersebut samaada masih boleh digunakan atau sebaliknya. Jika penapis udara kelihatan perlu dibersihkan, servis dengan pemampat udara yang bertekanan tinggi.

 

Sekiranya kertas katrij untuk membuat penapisan koyak atau basah teruk, ia perlu ditukar dengan yang baru dan saiz yang sama. Penapis udara yang tidak betul saiznya pada enjin akan menyebabkan kerengganan pada penapis tersebut. Ini seterusnya menyebabkan sebahagian daripada angin yang masuk ke pancarongga alur masuk tidak di tapis dan boleh menyebabkan habuk masuk ke silinder melalui injap kemasukan. Ini kemudiannya akan mengakibatkan dinding silinder bercalar hasil daripada pergerakan omboh turun dan naik dalam silinder dan menguis habuk dalam dinding silinder.

 

v     Paip vakum karburator tecabut atau bocor.

 

Buka bonnet kereta dan periksa semua paip vakum daripada dan kepada karburator. Sekiranya terdapat paip vakum tercabut, sambungkan semula pada sambungan yang betul. Kadang-kala terdapat kebocoran pada kebocoran yang berlaku pada hos vakum yang boleh menyebabkan operasi enjin tidak lancar. Matikan enjin dan tukarkan hos berkenaan kepada hos yang baru. Selepas itu, hidupkan semula enjin dan pastikan enjin beroperasi dengan kelajuan yang lancar dan sempurna.

 

 

8.5   Karburator dibasahi dengan bahan api setelah memandu.

 

Ini selalunya disebabkan oleh gasket bahagian atas atau bahagian tengah karburator yang terkoyak atau bocor, dan membolehkan bahan api terkeluar. Baraikan karburator dan lakukan servis. Gantikan gasket karburator yang baru.

 

Apabila mengikat skru karburator, jangan ikat terlalu kuat hingga merosakkan benang skru. Benang skru yang rosak boleh menyebabkan karburator renggang sebelah, dan bahan api boleh terkeluar.

 

 

 

 

 

v     Berikut adalah ciri-ciri sebuah karburator yang baik :

 

-         Enjin beroperasi dengan sempurna tanpa gegaran atau gangguan, tidak kira semasa melahu atau memandu dengan laju.

-         Tidak kedengaran bunyi letupan apabila menekan injak pendikit dengan sempurna.

-         Kelajaun enjin tidak berubah atau tersekat ketika memecut.

-         Enjin mudah dihidupkan walaupun tanpa membuka pencekik pada cuaca sejuk atau di dalam hujan.

-         Enjin melahu kepada tahap yang dijangka mengikut spesifikasi dengan seimbang.

-         Penjimatan penggunaan petrol untuk setiap kilometer disebabkan keseimbangan campuran petrol dan udara.

-         Keadaan permukaan  palam pencucuh yang tiada mendakan karbon.

 

 

 

Cologne V6 2.0; 2.3 Carburator

 

Rajah 8 (a) : Cologne V6 2.0; 2.3 Carburator

 

<<Kembali Ke BENGKEL>>

Kembali Ke HOMEPAGE