Make your own free website on Tripod.com

4FAST 4FURIOUS                                                                      bengkel

 

 

 

SISTEM BAHAN API ( FUEL SYSTEM )

 

 

Fuel System Overview

Rajah 7 (a) : Fuel system overview

 

Sistem bahan api bertujuan membekalkan bahan api sepenuhnya daripada tangki ke karburator mengikut keperluan enjin supaya enjin dapat beroperasi dengan baik dan sempurna. Terdapat dua jenis pam bahan api pada sistem ini iaitu pam bahan api elektronik dan pam bahan api mekanikal.

 

Pam bahan api elektrik beroperasi menggunakan kuasa elektrik daripada bateri dan pam jenis ini banyak digunakan pada  kereta model lama seperti Austin Mini dan beberapa jenis lagi model kereta buatan eropah. Pam bahan api jenis mekanikal pula digunakan pada kebanyakkan kereta terkini kecuali enjin pancutan bahan api elektronik. Memandangkan pam mekanikal mempunyai komponen yang sering berfungsi pada setiap masa enjin beroperasi, maka ia akan mengalami pelbagai jenis kerosakan dan kegagalan berfungsi dengan sempurna. Antara kerosakan atau masaalah yang sering dialami adalah seperti :-

 

7.1  Pam gagal menghantar bahan ke karburator.

7.2  Pam tidak dapat membekalkan bahan api yang mencukupi ke karburator.

 

 7.1  Pam gagal menghantar bahan api ke karburator

 

v     Pam didapati tidak dapat menyedut petrol daripada tangki.

 

Jika berlaku keadaan sebegini, ia disebabkan oleh gegendang terkoyak atau bocor atau pegas telah lemah dan tidak mampu menarik gegendang dengan kuat untuk menyedut petrol daripada tangki. Lengan jumpelang pam yang terlalu pendek pun akan mengakibatkan tunjal gegendang tidak bergerak dan tiada vakum di capai untuk menyedut petrol daripada tangki.

 

Kebanyakkan pam bahan api masa kini adalah jenis pasang terus dan tidak dapat dipisah-pisahkan komponennya. Jika ini berlaku, cara mengatasinya adalah dengan membuka pam bahan api tersebut daripada enjin, dan gantikan dengan yang baru. Pastikan lengan jumpelang sama panjang dengan yang lama.

 

v     Adakah tidak terdapat bekalan bahan api yang cukup didalam tangki.

 

Apabila pam gagal menghantar bahan api ke karburator pastikan sama ada terdapat tangki bekalan bahan api di dalam atau tolok bahan api rosak dan sentiasa menunjukkan petunjuk ke arah F.

Jika tiada bekalan, masukkan bahan api ke dalam tangki, perhatikan dan pastikan penunjuk pada tolok. Jika penunjuk pada tolok berubah mengikut kuantiti bahan api yang dimasukkan ke tangki, itu menunjukkan tolok berada dalam keadaan baik. Sebaliknya, jika penunjuk tidak berubah, anda perlu mengeluarkan tolok bahan api untuk di baiki atupun ditukar dengan yang baru jika perlu.

 

v     Kemungkinan penapis bahan api tersumbat.

 

Bahan api petrol yang dimasukkan ke dalam tangki bahan api selalunya mengandungi habuk, debu dan air. Bahagian dasar tangki pula, sudah lama digunakan, terdapat kerak karat yang kemudiannya akan disedut oleh pam bahan api melalui penapis petrol. Inilah yang menyebabkan penapis tersumbat. Jika ini berlaku, keluarkan penapis bahan api daripada enjin dan semburkan dengan udara bertekanan

 

tinggi secara bertentangan dengan pengaliran bahan api dalam sistem bahan api sesebuah enjin tersebut.

 

 

7.2   Pam tidak membekalkan bahan api yang mencukupi ke karburator.

 

v     Adakah penapis bahan api berfungsi dengan sempurna.

 

Penapis bahan api yang tidak dibersihkan daripada sebarang kotoran akan menyebabkan pelampung dilaras terlalu rendah lalu menyebabkan injap tertutup terlau awal. Ini menyebabkan bekalan untuk karburator berfungsi dengan baik tidak akan mencukupi. Jika ini berlaku, baraikan karburator dan laraskan pelaras lengan pelampung dalam keadaan lurus. Sebelum mamasang semula komponen, tiub saluran petrol pada karburator dengan udara bertekanan tinggi. Pasangkan gasket baru untuk mengelakkan kebocoran petrol semasa karburator beroperasi.

 

Selepas karburator siap dipasang pada enjin, hidupkan enjin dan perhatiakan aras minyak petrol dalam mangkuk pelampung yang boleh dilihat daripada bahagian tepi karburator melalui kaca penglihatan. Aras bahan api hendaklah sekurang-kurangnya separuh penuh dalam mangkuk pelampung. Jika terlalu tinggi, ia boleh menyebabkan bahan api membanjiri karburator.

 

Rajah 7 (b) : Tangki bahanapi petrol

 

<<Kembali Ke BENGKEL>>

Kembali Ke HOMEPAGE