Make your own free website on Tripod.com

4FAST 4FURIOUS                                                                      bengkel

 

 

 

SISTEM BREK ( BRAKE SYSTEM )

 

 

Brake System Overview

Rajah 10 (a) : Saluran aliran brek

 

Brek yang dipasang pada kenderaan adalah bertujuan untuk memberhentikan atau memperlahankan kenderaan daripada terus bergerak apabila diperlukan. Operasi sistem brek biasanya menjadi satu aspek yang paling penting bagi setiap pemandu untuk diambil perhatian serius. Oleh itu, keupayaan pembrekkan memainkan peranan penting dalam pemanduan kenderaan bermotor. Umumnya terdapat dua jenis sistem brek yang digunakan pada kenderaan masa kini, iaitu sistem brek hidraulik dan sistem brek mekanikal. Walaubagaimana pun kebanyakan kenderaan masa kini menggunakan teknologi sistem brek hidraulik kerana kuasa pemberhentiannya lebih baik daripada brek mekanikal.

 

Brek hidraulik menggunakan kuasa bendalir hidraulik untuk beroperasi. Bagi brek hidraulik masa kini, ia dipasang dengan gabungan brek cakera dan brek gelendong. Brek cakera dipasang pada roda hadapan manakala brek gelendong dipasang pada roda belakang. Brek merupakan peranti yang menggunakan kuasa geseran untuk memperlahankan atau memberhentikan mekanisme brek daripada terus bergerak. Dalam sistem tersebut terdapat berbagai-bagai kerumitan berlaku, yang boleh menggagalkan kenderaan daripad berhenti seperti yang dikehendaki pemandu. Antara kerumitan atau masaalah yang sering berlaku ialah :-

 

10.1 Brek hilang kuasa memberhentikan kenderaan.

10.2 Kereta hanya berhenti selepas injak brek ditekan jauh ke bawah.

10.3 Brek menyebabkan kereta tertarik ke sebelah.

10.4 Brek mencengkam.

10.5 Brek menyeret.

10.6 Brek mampung.

10.7 Brek tangan tidak berfungsi.

 

 

 10.1 Brek hilang kuasa memberhentikan kenderaan.

 

v     Kerosakan berlaku pada pam induk brek ( master pump).

Master Cylinder

 

 

 

 

 

 

Rajah 10.1 : Master pump

 

Keadaan ini berlaku disebabkan oleh kerosakan getah penebat, dinding silinder, pam induk bercalar, saluran hidraulik tersumbat atau kebocoran pada pam induk brek. Jika ini berlaku, cara mengatasinya adalah dengan membaik pulih pam induk brek. Periksa dengan teliti setiap bahagian komponen seperti penebat getah, dinding silinder, dan saluran hidraulik. Gantikan komponen yang rosak dan pasangkan semula pada kenderaan. Lakukan kerja penjujusan ‘bleeding’ semasa enjin dihidupkan.

 

v     Getah penebat pada silinder roda bocor atau haus.

 

Kebiasaannya ternampak kebocoran atau cecair brek terkeluar daripada silinder roda yang rosak. Letakkan kenderaan diatas pendorong dan atas tempat yang

 

rata. Tanggalkan roda yang mengeluarkan silinder roda. Rombak silinder roda yang bocor, dan gantikan komponen yang rosak (biasanya penebat rosak). Pasangkan semula semua komponen pada kenderaan, hidupkan enjin dan jujuskan sistem brek bermula daripada roda yang paling jauh dan berakhir dengan roda yang terdekat dengan pam induk brek.

 

 

 10.2 Kereta hanya berhenti selepas injak brek ditekan jauh ke bawah.

 

v     Lapik brek atau pad brek haus berlebihan.

 

Kehausan terjadi selepas pelapik brek atau pad brek digunakan dengan lama kerana setiap kali pengguna kenderaan memandu, tentunya brek amat diperlukan. Setiap kali injak brek ditekan, pelapik atau pad bergeser dengan gelendong brek atau cakera brek. Lama-kelamaan pelapik atau pad tersebut akan semakin nipis. Jika ini berlaku, tarikkan brek tangan dan naikkan kereta ke atas penyokong. Keluarkan roda dan tanggalkan pelapik atau pad brek daripada kedudukannya. Ganti keratan lapik pad brek dan pasangkan semula seperti sediakala.

 

Hidupkan enjin dan jujus sistem brek hidraulik sehingga tiada udara terkandung dalam sistem hidraulik. Sekiranya pelapik atau pad didapati masih licin dan tebal. Gosokkan pelapik dengan kertas pasir halus untuk membuang lapisan yang licin, kemudiannya pasangkan semula.

 

  big_brake_wheel_off.jpg (17319 bytes)            caliper_spacer.gif (168803 bytes)

Rajah 10.2 (a) : Brake disk

 

Brake System Operation

Rajah 10.2 (b) : Cara brek beroperasi

 

 

10.3 Brek menyebabkan kereta tertarik ke sebelah.

 

v     Pelapik atau pad berminyak pada sebelah roda.

 

Pelapik atau pad yang berminyak ini menyebabkan brek sebelah roda tergelincir dan tidak dapat berfungsi seperti roda-roda yang lain. Jika ini berlaku, cara mengatasinya adalah dengan membaraikan komponen brek pada sebelah roda berkenaan, dan memeriksa komponen yang rosak. Gantikan pelapik brek, penebat getah atau penutup habuk jika perlu.

 

 

 10.4 Brek mencengkam.

 

v     Brek cakera atau brek gelendong berpiuh atau piring belakang longgar.

 

Jika ini berlaku, baik pulih brek cakera atau brek gelendong dan lakukan servis ke atasnya. Jika terdapat kerosakan pada mana-mana komponen brek, gantikan dengan alat ganti yang baru. Tukarkan pegas atau spring yang lemah atau patah.

 

v     Tiada jarak antara gelendong dengan pelapik brek.

 

Jika ini berlaku, baik pulih komponen brek pada roda berkenaan dan gantikan komponen-komponen yang didapati telah rosak. Sebarang kerosakan akan jelas dilihat dengan mata kasar.

 

 

 10.5  Brek menyeret.

 

v     Brek tangan tidak dilepaskan sepenuhnya, pelarasan brek tidak seimbang, pegas kasut patah.

 

Jika ini berlaku, baik pulih komponen brek pada roda berkenaan dan gantikan komponen-komponen yang dilihat telah rosak. Sebarang kerosakan akan jelas dilihat dengan mata kasar.

 

v     Omboh melekat di dalam silinder.

 

Keadaan ini disebabkan oleh keadaan silinder yang telah berkarat dengan teruk, dan kerana itu omboh tidak dapat ditolak keluar daripada kedudukannya untuk menekan pelapik dan memberhentikan kenderaan. Jika ini berlaku, buat kerja baik pulih terhadap angkup atau gelendong brek dan tukarkan penebat getah, servis silinder serta bersihkan atau gantikan penutup habuk. Basuh pam brek pada silinder, bekas dan penutup minyak dengan air bersih. Setelah selesai, isi minyak dan lakukan penjujusan.

 

 

 10.6  Brek mampung

 

v     Udara dalam saluran hidraulik atau kebocoran pada silinder induk.

 

Keadaan ini berlaku apabila terdapat udara dalam saluran hidraulik atau kebocoran pada atau dalam silinder induk. Lakukan jujusan terlebih dahulu. Sebelum memasang semula silinder pada kenderaan. Ini untuk mengeluarkan udara berlebihan

 

 

dalam silinder induk. Setelah memasangnya pada kenderaan, lakukan pula jujusan pada setiap roda mengikut susunan jujusan.

 

 10.7  Brek tangan tidak berfungsi.

 

Keadaan ini adalah biasanya disebabkan oleh kabel tangan yang terlalu panjang yang menyebabkan pelarasan menjadi kendur. Pastikan kabel digunakan sesuai dengan atau sama dengan alat ganti yang tulen. Jika tidak, saiz dan panjangnya akan memberi masaalah apabila memasang dan melakukan pelarasan. Letakkan kenderaan diatas tempat yang rata. Lepaskan brek tangan sepenuhnya dan laraskan melalui nat pelarasan dengan kabel ke tahap yang sesuai. Selepas itu tarik brek tangan dengan perlahan sehingga 5 bunyi ‘klik’ kedengaran. Hidupkan enjin, masukkan gear satu dan cuba gerakkan kenderaan dengan perlahan dan tarik brek tangan. Kereta akan terhenti sejurus sahaja brek tangan di tarik. Jika sebaliknya laraskan semula sehingga ia dapat berfungsi sepenuhnya.

 

v     Berikut adalah beberapa ciri-ciri sistem brek yang baik.:-

 

-         Kenderaan dapat berhenti seperti yang dijangka oleh pemandu.

-         Cengkaman brek yang baik dan tidak menyeret.

-         Keadaan injak brek dalam keadaan lembut dan selesa ketika memijak brek.

 

<<Kembali Ke BENGKEL>>

Kembali Ke HOMEPAGE